REVIEW JUJUR SELEPAS GUNAKAN THERMOMIX

Salam semua,

Selepas review saya tentang 1st impression selepas wife saya belikan thermomix kali ini saya personally akan review beberapa kelebihan Themomix dan Kekurangan yang korang boleh dapat. Review ni bukanlah review berbayar dan ianya dilaksanakan secara jujur dan merupakan pandangan peribadi saya selepas menggunakan sendiri.

KELEBIHAN THERMOMIX

  1. BANYAK RESEPI YANG PELBAGAI – Pada saya resepi yang disediakan adalah pelbagai. Sangat banyak dan menu ni dalam pelbagai negara. Anda hanya perlu buat carian sahaja. Macam2 jumpa. Cume perlu pastikan bahan-bahan cukup.
  2. TAK KOTORKAN DAPUR ANDA- Yang ni saya setuju sebab memang kalau menumis guna thermomix, tak percik dan klu blend memang tertutup rapat. So percikan tu memang x wujud.
  3. SIMPLE SCREEN INTERFACE SIAP PENIMBANG- Interface die juga mudah dan satu-satu step dinyatakan. Siap penimbang lagi. Maksudnya untuk masukkan kicap pun die siap bagi jumlah berapa dan thermomix ni siap dengan auto penimbang dalam tu.
  4. MUDAH UNTUK ORANG PARA SUAMI YANG TAK BERAPA RAJIN MASAK MACAM SAYA- Mudah saya kira untuk saya yang berapa rajin ni. Hanya search dan follow je. Paling saya suke bubur nasi. Warnanya tak lah cun tapi rasanya sedap.
  5. BOLEH MASAK SEKALI GUS BEBERAPA MENU (LAYER COOKING)- Maksudnya sambil masak nasi, boleh rebus telur atasnya.
  6. RESEPI YANG DIBERIKAN MENJADI
  7. RUANG YANG SEDIKIT DIPERLUKAN SAHAJA
  8. ALARM SETIAP KALI SIAP SATU2 PROSES PENYEDIAAN RESEPI

KEKURANGAN

  1. PERLU INTERNET UNTUK SEARCH RESEPI
  2. KURANG MENU MELAYU ATAU MALAYSIAN
  3. HARGA SEDIKIT MAHAL
  4. RESEPI BAHASA MELAYU KURANG

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *