Rahsia saya beli rumah pertama yang cun



Salam semua,

Ketika artikel tentang BELI RUMAH KALI PERTAMA saya tulis, banyak idea mencurah-curah untuk meneruskan penceritaan ini. Namun hasrat itu tergendala. Artikel itu ditulis 2013. Lama tu! Tapi isinya tetap sama.

Mari saya ceritakan lebih detail sedikit bagaimana saya menemui hartanah ini yang saya kira pelaburan berbaloi yang telah memberi saya pulangan untuk mendapatkan hartanah seterusnya selepas itu.

Saya mulakan dengan pencarian. Bagaimana nak cari. Ikut hati saya katakan. Setiap hujung minggu kami jadikan aktiviti berkenderaan ke lokasi-lokasi idaman sekitar kajang dan bangi. Ketika waktu itu kami tinggal di Cheras. Saya ketika itu masih berkerja di sebuah syarikat GLC di KL dan isteri masih pelajar sepenuh masa di HUKM.

Kenapa kajang/Bangi? Sebab pada suasana di sana saya perhatikan TIDAK SESIBUK Cheras dan elemen kami cari adalah ketenangan. Matlamat kami ialah, Lokasi tidak terlalu pedalaman dan easy akses. Paling penting..MAMPU BAYAR.

Kalau tanya gaji ketika itu, saya anggarkan sekitar RM2500 sahaja. Mampu ke nak sara Isteri pelajar sepenuh masa dan anak sorang? Terpulang pada diri masing-masing. Saya mampu.. takkan anda x boleh?

TANYA GUARD

Matlamat kami masa itu nak cari rumah sekitar harga RM100 RIBU – RM200 RIBU SHJ. Set matlamat anda. Itu sahaja yang kami mampu mengikut perkiraan waktu itu. Apa tindakan kami?



Setiap minggu kami akan ke Bangi/Kajang/Bandar Tun Hussien Onn untuk cari apartmen idaman. Kriteria kami tetapkan mesti tidak terlalu tinggi. Kalau boleh ground floor.

Setiap kawasan kami terokai, saya akan turun tanya guard samada ada tak rumah yang ingin dijual. Kawasan yang cun biasenya susah nak dapat. Satu ada..terus habis. Dekat mudah.my sure harga ISRAEL punye kalau kawasan top2 ni.

Hasil usaha berminggu2, akhirnya saya ke Kajang Utama. Kawasan kejiranan melayu dan dekat dengan bandar yang akan naik, Bandar Kajang 2. Saya bertanyakan guard di salah sebuah aparment disitu, alhamdulillah rezeki masa itu, ada sebuah rumah apartmen yang ingin dijual. Harga masa itu, 2013 owner nak RM130K sahaja. Dengan gaji yang sedikit, nak bayar sebulan RM650 memang rasa susah. Tapi kena percaya kepada rezeki dan usaha.

maps kajang utama yang menjadi pilihan hartanah pertama saya



Lalu, akhirnya dapat juga saya miliki rumah itu. Jangan segan untuk tanya guard ye. Sebab guard ni orang penting bagi sesebuah kejiranan. Benda yang anda kene borak dengan guard untuk memberi gambaran awal lokasi itu:

1. Ada tak rumah nak disewa atau jual? Kalau tempat menarik boleh sewa dulu dan lama-lama nanti pujuk owner jualkan
2. Adakah terdapat kecurian dikawasan tersebut dalam tempoh sebulan dua ini. Kerap tak?
3. Tanya berkaitan JMB/JMC kawasan tersebut. Berfungsi tak?
4. Ada tukang sapu ke disini?
5. Bayaran maintainance berapa?

Ini antara soalan yang korang boleh tanya. Guard ini biasenya ada semua info diatas.


TANYA PEJABAT JMB/JMC LOKASI KEJIRANAN

Satu cara lagi yang saya buat selain tanya guard. Jumpa kerani yang jaga pejabat JMB/JMC kediaman itu. Banyak info boleh dapat. Dari harga yang biasa orang beli sehinggalah kepada masalah disitu.

4 CIRI KAWASAN KEDIAMAN YANG TAK MESRA

1. Jauh dari surau/masjid- salah satu cara nak jadi baik kena berkawan dengan orang baik. Jadi, carilah dekat dengan masjid / surau agar kita tiada alasan kecuali kene juga sekali sekala bermasyarakat dan berjemaah

2. Kediaman dibanjiri pendatang asing/ ‘Mat Hitam’. Bukan racist tapi kadang-kadang budaya yang mereka bawa tak sesuai dengan budaya orang Malaysia.

3. Kawasan sekitar TIDAK diselenggara oleh Majlis Perbandaran. Lihat surau, taman awam dan jalan dikawasan tersebut. Jika sentiasa elok, itu lokasi baik. 

4. Sampah TIDAK diangkut. Lihat tong sampah disekitar kediaman. Kalau sentiasa bersih kawasan tu memang cun lah.

RUMAH FULLY FURNISH TAPI HARGA RUMAH KOSONG

Payah nak dapat rumah yang fully furnish tapi harga rumah kosong. Alhamdulillah, semasa saya dapat rumah ini, pemilik terdesak nak jual. Jadi bila orang terdesak ni, kita cepat2 permudahkan urusan dia. Kebetulan penyewa rumah tersebut sebenarnya nak juga rumah itu.

Jadi owner bagitahu, SIAPA CEPAT DIA DAPAT. Apa lagi esoknya terus saya bertindak. Alhamdulillah saya dapat.

Saya dapat dengan harga RM20K lebih rendah dari pasaran ketika itu (2013) dan rumah dilengkapi dengan kitchen cabinet dan aircond dalam bilik. Bilik pula masih elok. Alhamdulillah.

Kitchen cabinet dapat free yang bernilai saya anggar dalam RM3000

Rumah dah siap deko2 dah..cuci kaki je masuk


Tak salah kalau anda nak cari rumah, survey2 dulu. Jangan terburu-buru. Konsep dalam pembelian hartanah saya ialah BIAR KECIL TAPI BERKUALITI. Daripada kumpul nak beli banglow, sampai 5 tahun, banglow dah naik 5 kali ganda dari harga kita mampu…

Alhamdulillah, kini nilai rumah berkenaan bernilai lebih kurang RM300K. Naik SEKALI GANDA lebih dalam tempoh 7 tahun.

LAIN2:

Saya juga buat kajian lokasi. Banyak info saya dapat dari iproperty dan propwall (STARPROPERTY) tentang satu2 kawasan.

propwall aka Starproperty

Semoga bermanafaat


#rumahpertama
#hartanahpertama
#rumahcun

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *