10 aktiviti sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan aka `separa lockdown`

Salam semua,


Selepas saya kongsikan 5 perkara penting dalam Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh YAB PM kita, hari ini saya nak kongsikan 10 Aktiviti yang korang boleh buat di rumah untuk hilangkan kebosanan. Sebelum saya nak kongsikan, apa yang patut anda wujudkan dalam minda sepanjang tempoh kawalan pergerakan ini adalah PEMIKIRAN POSITIF. Bila kita sentiasa positif, baru mudah untuk kita laksanakan 10 aktiviti yang saya cadangkan di bawah.


1. AKTIVITI BERSAMA ANAK-ANAK 

Dah berapa lama anda tak pernah bercerita dengan anak-anak? Atau main play doh dengan anak anda? Maka inilah masanya untuk anda luangkan masa sepenuhnya disamping hilangkan kebosanan sepanjang 2 minggu tempoh self-quarantine ini akibat covid-19.

Paling perkara anda boleh buat dengan anak2. Boleh bermain congkak bagi yang sukakan permainan tradisional atau main game dengan anak.

Image result for cooking with kids

2. MEMASAK BERSAMA / CUBA RESEPI BARU

Peluang ini memang sesuai untuk anda sekeluarga belajar memasak masakan tertentu atau mungkin memasak makanan sihat untuk keluarga. Bagi yang bujang, ini masanya anda belajar memasak dan mencuba resepi-resepi baru.


3. MENAMBAH ILMU DENGAN MEMBACA

Tak ramai yang minat membaca. Tapi saya percaya, jika anda kebosanan yang teramat, apa kata anda buka stor2 lama buku untuk anda `refresh` pemikiran dengan ilmu-ilmu baru melalui pembacaan. Buku yang banyak tak baca tu tak kan nak bagi anai-anai baca. So, ambil peluang untuk baca buku. Knowledge is POWER kawanku!



4. MENULIS BLOG

Jika anda orang yang suka menulis atau meluahkan perasaan melalui penulisan, korang boleh buka akaun blogger.com. Tulis lah blog macam yang saya buat sekarang. Menulis untuk asah kembali bakat menulis di samping berkongsi manafaat kehidupan ini dengan yang lain.



5. SAIDINA,SUDOKU, SAHIBBA DAN MONOPOLY

Ini antara permainan papan yang paling saya suka. Ada masa memang syok kalau dapat main ini. Tambah-tambah kalau yang bujang. Nak habiskan masa dengan permainan yang mengasah minda..apa lagi main permainan papan daripada mengadap 24jam telefon.



6. BUAT YOUTUBE CHANNEL

Bagi yang advance bab gajet ni, boleh create Youtube channel. Tergantung pada tujuan anda. Saya wujudkan youtube channel Rojak Buah Channel untuk saya share apa2 sahaja yang saya rasakan bermanafaat. So, kalau anda memang kaki teknologi boleh lah cuba. Ada rezeki boleh buat duit juga dengan YouTube.



7. TANAM SAYUR/POKOK BUNGA

Aktiviti ini baru sahaja saya ceburi sekadar suka-suka dan nak habiskan masa lapang. Apa lagi, kalau rumah ada sikit laman boleh lah cuba tanam sayur sayuran. Kalau menjadi dah kira jimat makan sayur sendiri. Lebih sihat. Chayyok. Sihat badan pulak tu.


8. UPDATE FB/TWITTER/STATUS WHATSAPP

Ada yang kaki FB/ Twitter/ Whatsapp masa yang banyak ni boleh la sekali sekala ambil peluang untuk updates status terkini anda. Cari kawan-kawan lama untuk hubungkan silaturrahim dan banyak manafaat lain lagi. Boleh share juga info2 bermanfaat untuk kita semua. IR 4.0 katakan.


9. SENAMAN DALAM RUMAH
Aktiviti ini amatlah penting. Sengaja diletakkan di no 9. Tapi pada hakikatnya anda yang tengah dok rumah tu, pastikan bersenam setiap hari sepanjang tempoh kawalan pergerakan ini. Bukan susah pun, buka je youtube..atau TV..mcm2 jenis senaman anda boleh try.



10. KEMAS RUMAH BERSAMA-SAMA
Yang ini pun bagus. Bila semua berkumpul, boleh la kemas rumah sama-sama. Sort barang-barang stor yang dah tak pakai tu. Inilah masanya nak bersihkan rumah sendiri bagi yang tersangat sibuk. 

Ini sahaja dulu 10 idea aktiviti sepanjang perintah kawalan pergerakan ala-ala separa lockdown untuk anda buat dirumah masing-masing. 

Semoga bermanfaat

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *