MINYAK MASAK SAYA HANYA RM1.40 SEPEKET

Salam semua,
Mari saya kongsikan satu artikel pendek yang telah dihasilkan secara santai namun alhamdulillah ramai juga yang share. Harap bermanafaat semua.
Masak di rumah ni memang dah jadi kewajiban tambahan pula jika keluarga semakin besar. Masakan isteri tu kan pengikat jiwa keluarga.

Kalau masak pula, pasti banyak guna minyak. Pastu lebihan minyak dibuang ke dalam singki. Merosakkan alam.
Apa kata mulai sekarang simpan minyak masak terpakai kita.
1. Simpan dalam bekas air minuman 5kg
2. Tebus wang kat Pusat Kitar semula. Putrajaya ada di Presint 9 .
3. 1kg minyak masak dah diguna= RM1.10
4. Knp Harga kos sepeket minyak masak saya RM1.40 SAHAJA?
Harga 1kg minyak masak baru: RM2.50
Harga 1kg minyak masak dah guna: RM1.10
RM2.50 – RM1.10 : RM1.40
So, apa tunggu la. Selain dapat selamatkan alam sekitar.. Dapat extra duit.
Minyak masak terpakai akan digunakan sebagai biodiesel.
*Hari ni saya dapat RM17.60 – 16KG



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *