Hari 3: Wisuda dan Buku oh buku

Salam semua,

Perjalanan hari ketiga memang padat. Seperti hari kedua, hari ketiga ini bermula dengan mengunjungi Tanah abang lagi. Biasalah, kalau ke sana, bagi golongan wanita, banyak kali pun tak kisah. Asalkan ada duit jer.

Berposing dulu sebelum bertolak


Bersama isteri solehah

Dari kejauhan kelihatan kompleks shopping Tanah abang
Kekuatan mencari rezeki masyarakat Jakarta

Pintu masuh ke kompleks shopping Tanah Abang


Ada tak yang mahu beli baju ini…

Waktu tengahari, sekali lagi pesan Abah dari kelantan supaya dibelikan Sebuah al Quran bertafsir yang bertajuk Miracle the reference segar dalam ingatan. Sangat bagus kitab ini. Jika di Malaysia harganya sekitar RM160. Alhamdulillah saya dapat juga perolehnya disini setelah tawar menawar sekitar  RM 77.
Ketika semua bertolak balik ke rumah penginapan, saya meneruskan kembara seorang diri ke gedung buku terunggul di Jakarta di Kuitang. Dengan menaiki bajai, harganya sekitar 20 000 rupiah. Perjalanan mengambil masa 20 minit.
Peniaga bonsai dengan motosikalnya

Upin ipin pun buat duit di Jakarta ni


Pengurup wang tepi jalan kot…

Antara gedung buku sekitar kuitang.

Terlihat kereta Exora. Bangga sat jadi rakyat Malaysia

Satu keunikan di kuitang ini, gedung bukunya memang sangat banyak dan besar2. Buku-bukunya , wah…kalah MPH. Memang besar dan banyak. Cuma satu kena beringat, buku-bukunya ada pelbagai jenis, ada yang beraliran ahli sunnah wal jamaah, ada yang syiah macam-macam ada. So kena la selidik dulu buku apa nak dibeli.
Waktu berlalu cukup pantas sekali, petang ini kami perlu menghadiri majlis Wisuda angah di Kompleks berhampiran Stadium Gelora Bung Karno. Pernah dengar nama itu. Stadium dimana Malaysia menewaskan Indonesia dalam perlawanan bola sepak.
Wisuda bermaksud graduasi. Majlis ini kalau di Indonesia meriahnya seakan-akan di Malaysia juga.

Sekitar majlis wisuda

Berehat seketika, bersila dengan selambanya


Gembiranya sepasang ibu ayah pabila anaknya sudah berjaya

Posing lagi

Petang itu kepenatan semuanya. Malam cepat menjelma. Mata sudah mahu tertutup. Zzzzzz

Hari Pertama di Jakarta

Hari kedua: Shopping di Tanah Abang

Hari 4: Melancong ke Bandung

Hari 5: Kenangan indah di Jakarta

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *