Mana dulu Ibu atau Isteri?

Salam bahagia,

Ingat lagi saya pada seorang guru Bahasa Melayu, Cikgu Norizan ketika saya masih di tingkatan 3 dahulu. Kenapa saya ingat dia? Ketika kami sedang bersenda gurau dalam kelas bersama rakan-rakan lain…maka terpacul keluar dari bibir guru yang sebaya usia ibu saya dengan satu persoalan:

“Saya ingin tanya satu soalan pada hari ini…dan kamu jawab soalan ini pula 10 tahun dari sekarang: Jika kamu seorang suami nanti…dalam satu pelayaran ..tiba-tiba kapal karam…mana dahulu ingin kamu selamatkan jika yang pergi belayar adalah kamu,isteri dan ibu. Siapa yang kamu selamatkan dulu?”


Maka jawapan kami cepat sekali dilontarkan: jawapannya adalah pastinya IBU.

Maka lalu si guru lantas menjawab: “Ketika ini jawapan kamu ialah Ibu tapi saya mahu kamu tanya pula pada 10 tahun dari sekarang. Pilih satu jer..

Masa kini


Kini umur ku sudah 24 tahun. Lagi 1 tahun sebelum daku mencari jawapan itu.Namun selagi belum berkahwin maka jawapan itu masih belum dapat ku berikan. Mungkin ku jawap kedua-duanya.Namun teringat si guru tadi…tiada jawapan kedua-duanya..

Lantas…aku bingung. Anda ada jawapan?

p/s: mungkin yang sudah berkahwin ingin memberi jawapan….

0 thoughts on “Mana dulu Ibu atau Isteri?”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *