Piala FA- Kecundang sudah kah?


Salam `alaikum.

Piala FA baru saja melabuhkan tirainya.Sempat saya menggagahkan kaki menonton dalam 20 minit pertama walaupun kehendak hati atau minat tidaklah menebal terhadap bola sepak. Kemeriahan saya dapat rasakan walaupun tidak berada di stadium. Ramai sahabat seperjuangan menyertai sama-sama menyokong pasukan kegemaran masing-masing.

Saya?..tidaklah menjadi peminat bola yang fanatik. Memang tak berminat untuk mengikuti perkembangan….tengok tu boleh saja lah..orang kata layannn…Teringat pagi tadi ke kuliah ilmu Syeikh Nuruddin Al banjari Al makki di masjid wilayah..ternyata syeikh tak terlepas dari bicara soal bola..katanya” lebih elok jika kiranya diberi bola 22 biji..setiap orang dapat satu..kan bahagia tu”….tergelak aku mendengar lawaknya.

Ternyata lawak ini pernah saya dengar juga dari seorang ustaz di kelantan. Hebatkah bola? Ada sahabat sanggup berjaga untuk menontonya…tiada ungkapan mengkritik mereka yangdapat saya lontarkan..mungkin ada sebab kot kenapa mereka begitu menggilai bola. Kaum hawa juga ada yang punyai minat sama.

Betul tak muslimat-muslimat?Jangan segan-segan untuk mengatakan YA.

Bola oh bola. Itulah sedikit coretan mengenai bola.Agak sedikit terkejut dengan kekalahan kelantan walaupun hanya tengok sekejap.Kerana bagi saya pada separuh masa pertama ( 20 minit) ternyata kelantan menguasai. `Ala kullihal…itu hanya bola.Tak lebih dari sebiji objek bulat yang mahu dibawa dan di sepak ke dalam gol saja.

Pada peminat bola..maaf ya, kalau anda terasa.Tapi berapa ramai yang mahu menghimpunkan diri di masjid atau surau? Berapa ramai sanggup berpayah dan berhabis wang kerana agama? Tapi berapa ramai yang sanggup tidak solat semata-mata kerana bola? Tidak saya lontarkan pertanyaan untuk mengatakan saya hebat.Tapi sekadar peringatan untuk anda dan saya berfikir sejenak nasib umat islam dan mencari jalan untuk membantu mereka.Sekian.

0 thoughts on “Piala FA- Kecundang sudah kah?”

  1. petikan catatan penulis…
    “Bola oh bola. Itulah sedikit coretan mengenai bola.Agak sedikit terkejut dengan kekalahan kelantan walaupun hanya tengok sekejap.Kerana bagi saya pada separuh masa pertama ( 20 minit) ternyata kelantan menguasai. `Ala kullihal…itu hanya bola.Tak lebih dari sebiji objek bulat yang mahu dibawa dan di sepak ke dalam gol saja.”
    ………….
    seperti tidak kita sangka kan..macam tu jugak kehidupan kita insan kerdil n hina ini…andai hari ini kita sungguh hebat di mata masyarakat, xmustahil esok lusa kita akan merempat di jalanan..kekalahan kelantan boleh dijadikan kayu pengukur untuk kita melihat sejauh mana kitaran kehidupan kita dari bayi yang bertatih sehingga sekarang kita sudah pandai berlari malah mungkin dari bayi yg hanya pandai menyebut “bu” tp kini sudah pandai melawan cakap ibunya…
    renung2kan kembali..
    apa yg dah kita lakukan pada mereka yang begitu menyayangi kita…sanggup berkorban apa saja…

  2. Kegilaan manusia kepada bola dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya (benda-benda hiburan yang nampaknya melalaikan) seharusnya tidak hanya dikeluhkan semata-mata.

    Apa kata kita memerhati sambil memikirkan, di manakah tarikannya, hingga tanpa paksaan sekalipun mereka rela untuk berjaga malam semata-mata kerananya.

    Mungkin daripada situ boleh dikeluarkan suatu rumus untuk mengenalpasti bagaimana hendak menarik perhatian manusia terhadap sesuatu perkara, dan gunakan formula itu untuk menarik manusia kepada Islam.

  3. betul tu..setuju dengan Abu Ubaidah Amir bin Ab, Maalek …

    kalo bleh ajak peminat2 bola bangun solat malam kan..kita pos skali kena bangun la kan…

    betul ada satu pepatah, BOLA boleh menyatukan dunia jika di gunakan dengan betul…

    BOLA JUGA BOLEH MENYATUKAN ISLAM KALO BETUL PENDEKATANNYA….
    CONTOH, BG YG MINAT BOLA…
    SEBELUM TGK BOLA MB, AJAK SOLAT MALAM DULU..KALO TIME SIANG SOLAT JEMAAH SEKALI…
    WALLHUALAM

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *