“Bakar silibus usrah….nuqaba` mandul”

“Bakar saje silibus usrah.Nuqaba` kalau mahukan ilmu,amik buku dan baca.Usrah adalah ukhwah dan membina melalui pemantauan.Selagi ada silibus, selagi itulah nuqaba akan mewarisi kemalasan dan kebekuan.Selagi silibus masih ada,selagi itu pemikiran dan keilmuan tak akan berkembang dan akan mewarisi kemandulan”

Salam.Bagaimana sahabat sekalian.Setuju tak dengan pernyataan diatas.Tak setuju sila bagi sebab.Ha2.

Mungkin bagi yang biasa terlibat dengan bidang fasilitator ataupun bidang ke`nuqaban` mungkin punya pendapat tersendiri.Bagi saya…usrah hanya untuk ukhwah semata-mata itu kurang tepat.Betul tapi kurang tepat.

Usrah medan ukhwah dan ingat-mengingatkan antara satu dengan yang lain (kecuali usrah pimpinan).Ukhwah sahaja tidak cukup untuk melahirkan insan yang beristiqamah pada masa akan datang.Malah ia lahir dari kefahaman yang mantap dan prinsip yang kuat (macam kisah dalam bab katak2 yang melompat dalam tulisan yang lalu).Untuk medapatkan kefahaman maka slibus penting sebagai guide line SAHAJA.

Berapa ramai kita lihat mereka yang mantap ukhwahnya dengan naqib tapi…istiqamah belum tentu.Tepuk dada tanya diri.Bagi saya ukhwah dan kefahaman perlu seiring.Jika kita baru sahaja berkenalan maka ukhwah terpenting buat masa itu.Ambil masa untuk kenali dengan lebih dekat.Jadilah pendampingnya.Kongsi masalah bersama.(Jangan berlagak ahli sufi plak yer).

Setelah ukhwah terbina maka binalah pula kefahaman tentang islam, amal maa`ruf nahi mungkar dan tajuk2 yang sesuai dengan waqi` dan suasana semasa (ajar buat blog pun ok..he3).
Dari kefahaman dan ukhwah tadi baru lahir mereka yang insyaallah istiqamah dan tsabat dalam jalan dakwah.

Penyakit Nuqaba`?

Nuqaba`(fasilitator2 @ mentor2) pun punyai masalah tersendiri.Nak tahu tak.Mari kita selidiki dan kita elakkan jika kita tergolong dikalangan mereka bermasalah ini.Sama -sama beringat;

1. Merasa diri hebat.Alim.Sebab rasa banyak ilmu.(Pada hal ilmu cetek sangat-coz refer pada silibus sahaja).

2. Ingin dilayan seumpama diri melayan naqib ketika menjadi adik usrah dulu.(Kadang2 allah uji kita dengan adik2 yang kungkin tak faham atau kurang kefahaman tentang akhlak dll.maka kenali mereka sedalamnya).

3. Tak ikhlas.(Mungkin ambil usrah sebab terpaksa atau dipaksa oleh orang atas/pentadbiran)AWAS!Tiada ganjaran dari ALLAH menanti anda!

4. Malas buat usrah..Ada juga yang malas buat usrah.Mungkin kerana tak ikhlas tadi.

5. Cepat terasa.Bagi saya tak salah terasa.Tapi jangan tunjukkan diri anda yang sensitif depan adik.Bosan dorang.

6. Bersemangat lebih.(over act kot).Masa usrah asyik die jer cakap.Adik2 terlopong dengar bukan sebab khusyuk tapi….dalam hati..bile la abang ni nak habis cakap.He2.So jangan syok sendiri.Banyakkan sot 2 hala.

7. Kedekut.Kedekut ini banyak.Antaranya kedekut duit nak belanja adik2.Belanja kawan boleh jer.Kedekut masa.Nak luangkan jogging ngan adik2 susah.Tapi melepak ngan kawan kat pusat beli belah dan kedai makan boleh plak.

8. Jadi penghukum.Kita ini pendakwah bukan penghukum.So kadang2 bila dapat ahli usrah yang x elok sikit (syariat tak berapa jaga) maka mula lah merungut dan kadang2 hentam depan2.Hukuman yang diberikan pada mereka menyebabkan mereka menutup terus pintu hati untuk mendalami islam buat masa akan datang.

9. Rendah diri.Ada juga species homo sapien nuqaba` ni yang jenis sangat rendah diri,tak yakin diri dan bayak lagi sifat yang tak kene bila nak handle usrah.Menolak mentah-mentah bila hendak diberi usrah.ALASAN-TAK CUKUP ILMU.

Nak tunggu cukup ilmu sampai mati tak cukup syeikh!Kalau mati sebelum grad camner…apa nak bawa untuk dipersembahkan di akhirat?Tanya diri dan Iman.Sampai bila?..sampai bila?..sampai bila?Berani buat perubahan.

10.Malas tambah ilmu.Terlalu bergantung pada silibus .Macam baca buku teks.Boring dengar.he2.

Inilah sedikit celoteh pagi ahad dari saya.Mungkin ada banyak tak betul dan banyak lagi masalah nuqaba untuk perhatian semua.Oleh itu saya berharap usaha mulia (sunnah nabi) ini diteruskan.Lihat sirah nabi dan para pejuang islam.Apa yang mereka terapkan dalam usrah mereka.Mari kita insafi apa kah kita termasuk dari yang bermasalah seperti atas.

Jadikan usrah seumpama MLM semasa di universiti.Sedikit ilmu yang diajar dan disampaikan dan terus disampaikan…maka kita dapat saham akhirat.(X perlu bayar yuran pendaftaran MLM lain..he2)

# kepada perancang usrah/mentor-menti: bagi hanya tajuk silibus dan sedikit guide line/notes pendek/sub topik kepada naqib2/mentor2 masing2.Biar mereka cari sendiri dan baca topik baru boleh sampaikan.Itu saya kira yang terbaik.TIADA ALASAN ..TAK DE MASA!

0 thoughts on ““Bakar silibus usrah….nuqaba` mandul””

  1. “Setelah ukhwah terbina maka binalah pula kefahaman tentang islam, amal maa`ruf nahi mungkar dan tajuk2 yang sesuai dengan waqi` dan suasana semasa (ajar buat blog pun ok..he3).”

    Assalamualaikum..
    Setuju…bila dah kenal, bagus kalau dapat sama2 faham tentang perjuangan dan tanggungjawab.
    Macam seorang ketua, disokong dan dibantu oleh pengikut yang sama2 ada fikir agama.
    Bekerjasama demi mencapai matlamat usrah.

  2. wsalam.terima kasih itminaan90 atas komen saudari..kalau semua mempunyai pemikiran yang sama barulah wihdatul fikr serta wihdatul amal akan tercapai.organisasi pun cemerlang dan nk berkerja pun selesa.

  3. tidak perlu bakar silbus itu.. biarkan…
    roh usarh itu akan datang dengan sendiri.. bukan seanng memperolehinya..

    a.peng pun dapat ruh masa 3rd year…
    ruh yang cukup merasakan yang usrah itu bukan sekadar tanggungjawab pada oraganisasi..
    waktu itu kita rasa manis dan pahitnya lebih dalam..

    paling penting adalah ukhuwah…
    kalau ada 5 usrah tapi yang jalannya sikit juga tidak guna..
    fokus sj pd satu usrah
    (sekadar pendangan dari naqib yang tidak pernah berjaya mendidik orang lain- cuma mendidik diri)

    uh.. rindunya usrah itu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *