Ekspedisi Malam Tahun Baru 2009

Salam.Malam tahun baru, saya mengambil kesempatan ke taman tasik titiwangsa untuk menyertai kawan-kawan dari GAMIS untuk program ops maksiat di sana.Walaupun agak jauh ,tapi saya kira satu pengalaman baru berbanding sebelum ini di KLCC.

Disana program bermula awal lagi.Jam 10 malam.Ops maksiat ini saya ubah jadi ops berjumpa mad`u(orang yang nak didakwah).Sepanjang program masih ku tertanya-tanya akan metode yang akan digunakan.Teringat peringkat dakwah yang digubah oleh Ust Mustapha Mashur.Ada tujuh kesemuanya.Lalu saya memilih untuk memakai metode yang pertama.

Lalu kami dibahagikan kepada group besar.Dari group besar lalu dipecahkan lagi atas inisiatif ketua (naqiu) kepada group kecil lagi.Lalu saya bersama adik usrah dan 3 muslimat uia (x kenal pun) meneruskan misi kami.Masa berjumpa mad`u saya maksimumkan apa yang saya ingini.Tak saya tekankan maksud ops maksiat yang diingini.Tapi saya lebih pada ingin `masuk` dengan mereka disamping mengajak mereka berfikir tentang gejala sosial remaja sekarang.

Sekilas pandang terlihat wajah `blur` dari rakan sepasukan saya muslimat uia.Mungkin mereka mengharapkan lain kot.Tapi saya buatlain.Saya tidak menegur direct tapi lebih pada mengajak mereka berfikir.Tersrahlah apa yang ditafsirkan.

Dikala program berjalan,saya terima deringan dari sahabat kat klcc yang mengatakan bahwa program perkid tak jadi dilaksanakan.Sedih dan marah mula meluap2.Bukan kerana perkid.Tetapi ini angkara kerajaan secara umum dan pihak berwajiblah.Nak buat gerak kerja islam di bumi penduduk islam lebih susah berbanding di negara kafir.Apalah negara hadhari ku.Konsert siap di kawal polis lagi.Masyallah.Bersiap-sedialah wahai pemimpin ku MALAYSIA untuk kau jawab di akhirat apa yang kau lakukan!Kami sebagai rakyat mu menuntut dari kamu!

Program GAMIS tamat dalam jam 1.Misi berjumpa mad`u selesai walaupun ada beberapa kelemahan.Biasalah manusia ini semestinya lemah.Moga sahabat yang tidak pernah rasainya ..jom rasainya lagi dan dakwah ini bukan bermusim.

0 thoughts on “Ekspedisi Malam Tahun Baru 2009”

  1. Assalamualaikum..
    Nak tanya, masa buat sesi ‘ajak berfikir’ dengan ma’du tu, apa respond yang saudara dapat? Apa yang ma’du jawab?
    Sedih baca part yang perkid tak jd buat, polis kawal konsert. Ehm, polis tu diorang kawal supaya tak de group da’wah masuk ke….tak nak ada apa-apa yang tak diingini berlaku? (jenayah ke..whatsoever)
    And about da’wah di negara sendiri lebih susah dari diluar negara, ni saya setuju.
    Macam mana nak buat??? Nak Islam prevail macam mana kalau inilah kondisinya?!

  2. wsalam.ana ajak die berfikir tentang gejala sosial dan maslah arak.respon diterima..arak senang sangat didapati.kat hampir majoriti kedai 24 jam ada najis tu.Yang jd mangsa nak melayu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *