Lakium 08 yang menarik..


Lakium 08(Latihan kepimpinan Islam UM) kendalian Persatuan Mahasiswa Islam (PMIUM) yang berlangsung pada 18-20 nov 2008 lalu banyak memberi ilmu berguna buat diri yng lemah ini.Saya rasa ini sebuah program yang sangat bermanafaat.Kesempatan menjadi fasi memberi peluang luas untuk berjumpa dan berkenalan dengan adik-adik baru UM malahan ada juga peserta dari UNIKL dan universiti lain..


Pengisian oleh ustaz Hasrizal dan beberapa penceramah lain cukup menjadikan kem/tamrin ini menarik .Perkongsian ilmu jelas dititik beratkan dalam program ini.Memang suatu yang menyeronokkan.Tak rugi la datang.Pada sebelah petangnya pelbagai aktiviti menarik dijalankan seperti flying fox dan wall climbing.


Saya rasa program seumpama ini wajar diteruskan dan penyertaan dikalangan warga UM wajar di perbanyakkan bagi memberi kefahaman islam disamping latihan kekuatan fizikan dan mental.

0 thoughts on “Lakium 08 yang menarik..”

  1. Assalamualaikum

    ana sbg salah satu peserta lakium 08 amat2 berpuas hati sbb dpt terlibat dgn kem nie. Alhamdulillah pengisian yg dimuatkan dlm kem nie byk memberi ana kesedaran ttng Islam, dan membangkitkan smgt ana untuk berjuang demi agama ini…

    syabas ana ucapkan kpd semua warga gerak kerja dan peserta lakium 08..

    fi amanillah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *