Ada apa dengan bioteknologi?

Sejak kebelakangan ini ,kita sering mendengar dan menatap di dada akhbar mengenai bidang bioteknologi.Seolah-olah bidang bioteknologi sudah berkembang pesat di malaysia.Pada hakikatnya kita baru nak bertatih dalam bidang ini sedangkan negara maju sudah jauh lebih dari 10 tahun terkedepan dari bumi tercinta malaysia ini.

Namun begitu masih terdapat pelbagai pertikaian mengenai bidang ini oleh sesetengah kelompok masyarakat di malaysia.Mind set yang mengaggap bioteknologi adalah bidang perosak dalam biologi adalah tidak tepat.Di sebalik keburukan dan tuduhan yang dilemparkan kepada biotechnologist terdapat banyak kebaikan yang anda nikmati hasil daripadanya juga.

Lihat sahaja bagaimana ahli sains telah mencipta Golden Rice suatu ketika dahulu untuk membantu masyarakat afrika yang kekurangan vitamin A.Dimana beras yang dihasilkan mengandungi vitamin A yang sangat perlu untuk kanak-kanak di negara miskin.Dengan penciptaan Golden Rice ini maka perbelanjaan untuk memberi pil/vitamin kepada kanak-kanak afrika dapat dikurangkan kerana ianya sudah tersedia dalam beras itu sendiri.

Bidang ini sangat berkembang dengan pesat di US dengan terbentuknya ladang GMF (genetic modified food) yang menghasilkan pengeluaran yang sangat bnayak sehingga dapat menurunkan harga sesetengah bahan makanan seperti gandum.Walaupun berlaku pengubahan gene untuk menghasilkan pokok yang mengeluarkan produk yang banyak dan berkualiti namun masih belum terdapat bukti yang menunjukkan penghasilannya memberi mudharat kepada manusia.

Tahukan anda air kacang soya yang selalu diminum kebanyakannya diimport dari negara asing seperti China dan US yang mana kacang soya tersebut adalah juga hasil dari GMF.Ini kerana harga kos bagi kacang soya GMF lebih murah dari yang orginal.

As times goes on.kita akan bercakap lebih panjang lagi mengenai bidang ini.Namun begitu yang terpenting adalah moral atau attitude seseoranglah yang akan mendorongnya samaada untuk menggunakan teknologi kepada kebaikan ataupun kepada kebinasaan.Kerana manusialah yang sebenarnya yang merosakkan dunia ia sendiri.

0 thoughts on “Ada apa dengan bioteknologi?”

  1. Sesuatu yang wujud itu ada baik buruknya. Cumanya, adakah “baik” lebih banyak dari “buruknya” ataupun sebaliknya. Saya amat bersetuju dengan kenyataan bahawa bioteknologi ini banyak baiknya, dan JUGA banyak buruknya. Baiknya, sudah tentu dapat dilihat daripada faedahnya yang dapat membantu dalam pengubahsuaian kualiti produk makanan yang membawa manfaat kepada manusia. Sebagai contoh, penghasilan golden rice yang membantu rakyat afrika dan penciptaan tomato yang terubah ciri genetiknya, yang membantu sayuran itu lebih tahan lama supaya tidak cepat busuk bagi mengelakkan kerugian. Ia bermanfaat dalam urusan import export yang memerlukan masa yang panjang dalam operasi penghantaran.

    Seperti yang diketahui, Genatically Modified Food (GMF) ini dicipta khas dengan tujuan untuk menghasilkan makanan yang bermutu dan berkualiti tinggi, dengan ciri buah yang lambat masak disamping rintang kepada kepada seranga serangga dan penyakit. Selain itu, ada juga yang dihasilkan bagi melawan serangan serangga perosak dan virus perosak tanpa perlu menggunakan racun serangga dan tahan kepada semburan racun rumpai. Dan sudah tentu, dari sudut yang lain, GMF akan memberikan kelebihan ekonomi kepada negara yang menjadi pioneer kepada kepada industri ini dan sekutunya.

    Sebagai seorang environmentalist, saya lihat kelebihan yang dibawa oleh GMF telah membuka ruang kepada masalah jangka panjang alam sekitar. Mungkin ramai yang tidak mengetahui ataupun menjangka bahawa ia turut memberi kesan kepada alam ini? Sekarang, kita leka menjana ekonomi serta asyik dalam mengaut keuntungan tetapi dalam sedikit masa lagi, segala-galanya berubah. Anda ingin tahu mengapa?

    Implikasi terhadap perkembangan GMF ini secara langsung akan mengembangkan pengembangan terhadap tanaman GM, iaitu tanaman yang telah termodifikasi kandungan bahan genetiknya. Ini adalah akibat daripada manipulasi genetik hidupan melalui proses kejuruteraan genetik terhadap stuktur DNAnya. Kesan daripada semua ini lahirlah ”pencemaran bio” .

    Pencemaran bio tidak zahir kelihatan. Kesannya tidak cepat muncul. Lalu, ia merupakan satu virus yang amat berbahaya pada masa akan datang. Virus ini akan dilihat seolah-olah mustahil untuk dihapuskan dalam jangka masa yang singkat, dan yang pastinya ia akan mewujudkan penyakit yang sukar diubat.

    Kesan daripada struktur genetik yang telah terubah akan melahirkan banyak implikasinya terutamanya kepada spesies (jenis) hidupan yang telah diubahnya. Mudahnya, seperti ini, kita ambil betik GM sebagai contoh. Pokok ini boleh mengalami proses pendebungaan dengan pokok betik semulajadi. Pendebungaan diantara keduanya akan menghasilkan buah betik GM. Generasi daripada biji-biji betik ini akan merebak secara berterusan dari satu generasi ke generasi berikutnya. Lama kelamaan kita akan kehilangan spesies semulajadi pokok betik ini atau dalam erti kata lain ciptaan asal Allah telah terubah akibat daripada proses pendebungaan ini. Semestinya usaha untuk mengembalikan yang asli amat sukar dilakukan walaupun dengan memusnahkan kesemua tanaman GM ini.

    Kenapa kita perlu risau jika sudah tiada spesies semulajadi?

    Pendebungaan secara rambang yang terjadi secara semulajadi akan mengakibatkan perubahan kepada struktur genetik kepada generasi berikutnya. Kualiti buah yang terhasil tidak dapat dikenalpasti kedudukannya. Adakah ia lebih baik ataupun sebaliknya? Pendebungaan secara rambang, kualiti hasilnya juga akan jadi ’pelbagai ragam’. Setuju?
    Jadi, lama-kelamaan spesies asal yang tentunya yang paling baik diciptakan Tuhan akan hilang. Kemungkinan untuk selama-lamanya.

    Jika kita mengambil contoh jagung pula bagaimana? Saintist telah melaporkan pada November 2001, telah berlaku pencemaran gen asing terhadap jagung jenis asli akibat daripada penanaman jagung GM di Mexico. Kesan daripada kejadian ini, menyumbang kepada masalah potensi kepada kepupusan dan memberi ancaman kepada keselamatan makanan. Jagung ialah tanaman utama serta lambang kepada budaya kepada masyarakat asli Mexico. Dapatkah anda membayangkan kesan seterusnya?

    I ni belum dibincangkan lagi kesan-kesan lain yang wujud, seperti risiko terhadap rantaian ekologi contohnya, yang mana satu spesies kupu-kupu yang mati sebelum sempat terbang ke tempat lain setelah menghisap madu daripada tanaman GM serta kerugian yang berlipat kali ganda yang terpaksa ditanggung oleh pengusaha pertanian tanaman GM akibat daripada tanaman mereka yang bermasalah. Salah satunya adalah akibat peningkatan terhadap penggunaan racun serangga akibat daripada penanaman GM yang didakwa mampu mengurangkan penggunaan racun.

    Pernah juga saya dengar semasa perbincangan di dalam kelas saya yang mencadangkan kewujudan spesies ikan yang mampu hidup dikawasan sungai yang kotor lalu ia juga dapat membantu secara langsung untuk pemulihan semulajadi kualiti air sungai tersebut. Ia adalah cadangan yang amat baik dan pada saya ia juga tinggi risikonya. Pertama, bagaimana kita dapat memastikan spesies yang ’dicipta’ ini berjaya dan benar-benar mampu membantu? Seterusnya, adakah kita dapat memastikan exotic species ini untuk tidak bercampur dengan spesies hidupan akuatik lain yang seterusnya akan memusnahkan ekosistem sungai semulajadi akhirnya? Tiada jawapan yang pasti..

    Inilah penyakitnya..

    Prevention, always better than cure.

    p/s: tulisan ini juga saya letakkan di kampusnegara.net

Leave a Reply to ~nEmo~ Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *