bEBENANG KEHIDUPANKU

Seorang pengembara yang mencari ilham dan petunjuk melalui pemerhatian. Meneliti setiap peristiwa dan mencoret untuk pedoman agar menjadi sebahagian tali-tali kebaikan di dunia. Mencari erti kehidupan pada setiap masa dan tempat berbeza. Memberi seboleh mungkin agar tercatat sebuah kebaikan untuk bekalan di dunia bernama akhirat.

Dilahirkan di Kg Bechah Semak, Bunut Susu, Pasir Mas. Lebih kurang 15km dari bandar Kota Bharu.

Mendapat titipan ilmu awal di Sekolah Kebangsaan Penggu. Kemudian melanjutkan pengajian di Sek Men Ugama (Arab) Pasir Mas atau kini dikenali Maahad Muhammadi Pasir Mas. Kemudian ke Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu

Seusai SPM, kemudian mencari setitis ilmu ke Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (Hayat). Melangkah ke menara ilmu di Universiti Malaya dalam jurusan Sains (Bioteknologi) di Fakulti Sains dan meyambung minat dalam Pasca diploma Pentadbiran Awam di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran UM

Diberi peluang menimba pengalaman sebagai Research Assistant di Fakulti Kejuruteraan UM, Research Officer di Institute Medical Research (IMR), Product Specialist Roche (M) Sdn Bhd, Research Assistant di UMBI,UKM dan Science Communicator di Petrosains Sdn Bhd sebelum bergelar penjawat awam.

Pernah punya pengalaman sebagai pengajar pusat tuisyen, pembanci, penjual atas talian, youtuber, blogger

Menyambung minat sebagai Priority Dealer Public Gold dan Rakan Niaga untuk beberapa produk. Coretan ini sekadar perkongsian untuk dijadikan catatan peribadi di sini agar sentiasa menjadi ingatan pada diri ini bagaimana kesusahan masa lampau menjadi lampu suluhan kehidupan kini