Pertama kali Lihat Thermomix dan pandangan peribadi

Assalamualaikum,

Sebulan lebih isteri saya maklumkan nak beli Thermomix. 1st time dengar ..saya terfikir apa ni? Blender baru ke? Mungkin rupanya macam periuk kot. Tapi apa yang isteri selalu cerita tidaklah saya ambil serius.

Sekali sampai.. mak aih.. terkedu kejap. Banyak kelebihan selalu wife saya sogokkan untuk menjustifykan pembeliannya. Hahaha.. Saya kongsikan poin dibawah yang saya terpikir mule2 saya tengok ia sampai.

Berebut nak buka thermomix…

Tulus dari hati ni saya tulis..haha

  1. HARGA- Sang suami mesti memahami maksud saya. Harganya memang kelas Kayangan pada saya. Tak semua orang sanggup berhabis RM7K untuk pembelian sebuah alat masak bukan? Walaupun boleh dibayar secara ansuran.
  2. CANGGIH– Part ni saya boleh puji. Alat nya direka memang cukup canggih dan berwajah moden pada saya.
  3. PERLU CAPAIAN INTERNET– Bila wife kata apa password WIFI, maka saya terpikir maksudnya mesin ni boleh connect dengan internet atau memang memerlukan internet untuk operate kah? Ternyata menu dan resipinya semua di internet. So pengguna perlu ada capaian internet baru boleh google menu dan resepi?
  4. TOUCHSCREEN- Memang canggih. Dah mcm pakai tab. Cume bezanya hanya boleh guna untuk lihat menu dan resepi secara online (Review sebelum guna ).
  5. BERAT-Lihat pada rupa alat ni memang berat. Mungkin sebab berat ianya lebih stable dan nampka selamat untuk digunakan.

Ini poin yang saya dapat fikirkan semasa 1st time saya lihat thermomix. Berbaloikah pelaburan membeli thermomix? Selepas saya gunakan seminggu dua nanti saya share pandangan peribadi selepas guna..ok.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *