Panduan Ringkas saliva Test Kit/ Ujian Air Liur Covid-19

Salam semua,

Sebelum ni dah saya kongsikan dalam FB peribadi berkaitan langkah-langkah ringkas untuk menggunakan Saliva Test Kit atau Ujian Air Liur bagi mengesan Covid-19.

Saya bercakap dengan seorang Doktor dan dia maklumkan bahawa ketepatan untuk ujian ini adalah di nombor 3. Paling tepat adalah PCR atau Polymerase Chain Reaction.. Ingt mase belajar dulu guna PCR.. No 2: RTK dan No. 3: Saliva Test Kits.

Kali ini sy dapat kit keluaran SD Biosensor. Harga RM39-RM40 SATU TEST. Ringkasan caranya seperti dibawah:

Penting untuk korang ingat dan sentiasa semak dengan KKM tentang kit-kit yang diluluskan ye.

Link KKM: https://covid-19.moh.gov.my/garis-panduan/gp-umum-covid19/kit-ujian-kendiri-covid19-self-test-kit

Kalau saya diberi pilihan, saya akan pilih untuk RTK atau PCR yang ternyata lebih tepat. Seorang kawan saya telah mencuba kit ini mendapati keputusannya negatif tetapi selepas beberapa hari, beliau test dengan PCR mendapati keputusan ujian covid adalah POSITIF WALAUPUN beliau tidak ada sebarang simptom.

Itu sahaja. Semoga bermanafaat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *