coins, calculator, budget-1015125.jpg

4 Jenis orang ni WAJIB ambil #Moratorium!

Salam semua,

Mesti ada yang tengah syok sebab dah apply moratorium. Dalam post ni saya tidak mahu bercerita apa itu MORATORIUM atau saya bahasakan MORA. Tapi just nak share 5 jenis orang yang WAJIB ambil MORA. Ia mungkin pandangan peribadi sahaja. Tapi boleh dijadikan sebagai panduan untuk anda juga.

1.SIMPANAN KECEMASAN 3@6 BULAN

-Korang WAJIB ambil jika simpanan kecemasan 3 bulan pun tiada apatah lagi nak ada 6 bulan simpanan. 3 bulan atau 6 bulan ni penting sebab jika korang diberhentikan kerja pada bila-bila masa, ada lah baki lebihan wang kecemasan untuk korang survive.

2. HIGH RISK JOB /HIGH RISK INDUSTRY

-Korang WAJIB ambil moratorium jika korang dalam industri yang berisiko macam pelancongan, penerbangan dll. Industri ini ambil masa nak pulih. Dan jika korang masih bekerja lagi di mana-mana industri yang berisiko maka korang juga kena ingat bila-bila masa sahaja korang boleh dibuang kerja. Jadi ambillah MORA ni.

3. SUPERB INVESTOR

-Korang WAJIB ambil MORA jika korang memang skillful investor. Boleh labur saham yang dengan RM10K korang boleh biakkan kepada RM20K. Berbaloi kot. Tapi AWAS, jika tak de ILMU jangan pandai-pandai pi letak dalam MLM ke skim ABC dll. Nanti RM10K tinggal habuk baru korang menyesal. Kaji dahulu BUKAN DENGAR ORANG SEMBANG sampai ke LANGIT je tanpa bukti. Selidik dan google dahulu sesuatu pelabur.

4. BELIAN HARTANAH/ASET YANG POSITIF CASHFLOW

-Korang WAJIB ambil jika korang jumpa tawaran yang cun contohnya sebuah rumah yang sedang dilelong dibawah harga pasaran dan bagi korang positif cashflow.

Contoh: Rumah di Kajang di Lelong pada harga RM120K. Sewa disitu RM900. Loan bulanan bayar RM700. Jadi korang punye positif cashflow RM200. Ok dah tu. Boleh ambil MORA dan buat downpayment utk dptkan rumah tu.

Itu secara ringkas saya terangkan. Jika ada persoalan boleh komen dibawah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *