Doa Seorang Ayah || Teknik Psiko Abah Supaya Anak Berjaya

Salam semua,

Kali ini saya ingin ceritakan perihal satu susuk tubuh yang cukup dekat dengan saya.

Seorang ayah yang kami panggil ABAH. Saya kira perkongsian ini untuk diambil manafaat oleh semua abah-abah di luar sana.

Abah kami sepertimana typical ayah zaman 1990an yang bersifat dengan sifat garang. Rotan, tali pinggang menjadi hukuman bagi sesiapa sahaja yang melanggar peraturan-peraturan rumah yang ditetapkan. Peraturan yang tidak boleh dilanggar ialah MESTI BERADA DI RUMAH SEBELUM MAGHRIB, SOLAT 5 WAKTU & SENGAJA KACAU ADIK. Itu yang saya ingat.


Kaki Gunung Kinabalu

Abah walau pun seorang yang garang tapi kuat bekerja. Hampir setiap hari ada sahaja yang diperbuatnya bagi menyara hidup kami. Beliau seorang penjawat awam kategori sokongan (non-exec) sahaja. Sebelah petang menjadi peniaga kecil-kecilan dari saya berumur 10-11 tahun sehingga saya ke universiti. Hasil ini lah untuk menyara kami 8 beradik.


Lepak-lepak keletihan setelah melawat sebuah jambatan gantung sebelum ke Kundasang,Sabah 2019


TEKNIK PSIKO ABAH SUPAYA ANAK BERJAYA

Satu perkara yang saya ingin kongsikan ialah betapa powernya doa ayah/abah dan bagaimana abah menggunakan teknik psikologi untuk menjadikan anak-anaknya rasa bersalah jika TIDAK BERJAYA.

Ya, kami WAJIB BERUSAHA UNTUK BERJAYA disebabkan TINDAKAN ini.


Iaitu dengan DOA. Abah jika tidak ke surau/masjid dia pasti menjadi imam kami. Setiap kali menjadi Imam maka semua kami 4-5 beradik mesti menjadi makmum (Yang lain masih kecil). 

Setiap kali selesai Solat, dengan alunan zikir ringkas serta DOA yang akan pasti membuat kami rasa insaf.


Abah akan doakan setiap anak-anaknya SECARA SPESIFIK TANPA GAGAL dengan MENYEBUT NAMA SEORANG-SEORANG. 


Contohnya, YA ALLAH, KAU BERILAH KEJAYAAN 13A DALAM SPM UNTUK ANAKKU ZULKAMAL XXXX


Begitulah perihal Abah dengan doanya. Jadi dalam doanya pasti akan diselitkan nama anak2 untuk ketika mempersembahkan doa dengan penuh IKHLAS. Rasa dihargai oleh anak-anak seperti kami ketika itu membuatkan kami MEWAJIBKAN DIRI MASING-MASING UNTUK BERUSAHA SEHABIS BAIK agar berjaya. Berkat DOA abah.


Gambar 6 beradik sahaja bersama menantu-menantu, 2 yang bongsu ketika ini masih belajar di Mesir


Jika kami akan menghadapi sebarang peperiksaan. Abah dan Umi pasti akan SOLAT HAJAT ketika kami EXAM. Itu saya rasa motivasi yang Abah Umi tunjukkan untuk anak-anak. KERANA KITA PERCAYA sesebuah KEJAYAAN datangnya dari TUHAN KEJAYAAN iaitu ALLAH.

Doa itu SENJATA dan WASILAH untuk menguatkan anak-anak untuk berusaha manakala SELEBIHNYA ITU adalah dari kuasa PENCIPTA Kita, ALLAH.

Perkongsian ini bukanlah menunjukkan KELUARGA SEMPURNA KAMI jauh lagi untuk tujuan riya`.. namun sedikit perkongsian pengalaman buat pembaca untuk kita amalkan sebagai ayah dan abah/abi menuntun keluarga ke arah yang diredhai Allah.

Semoga Bermanafaat.


#doaabah

#doaseorangayah


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *