Review sebenar: Palm Garden Hotel, Putrajaya 2020

 


Salam semua kawan-kawan.

Minggu ni kami sekeluarga ke Kuala Lumpur dan Selangor. Salah satu destinasi wajib adalah Bangi dan Putrajaya. Tak payah cerita lah apa ada di Putrajaya atau Bangi. Kalau bab makan, BANGI memang terbaik lah.

Bila ke sini, penginapan kami adalah hotel-hotel sekitar Putrajaya. Kali ni saya nak review jujur tentang Palm Garden Hotel, Putrajaya. Review ni berdasarkan pengalaman kami di hotel ini pada 17-18 September 2020.


LOKASI:

Terletak di sebelah IOI City Mall Putrajaya. Tak sampai 5 minit naik kereta. TERBAIK. Kami bagi 5 bintang untuk lokasi. Dekat sangat dengan Putrajaya dalam 5 minit je kalau ke Pusat Pentadbiran Putrajaya atau sekitar Masjid Putrajaya atau ke Masjid Sultan Mizan/ Masjid Besi.

Agak tersorok sikit tapi google je Palm Garden Hotel Putrajaya pasti jumpa.


Sebelah kanan sekali adalah LOBI UTAMA

Lobi utama 

PERSEKITARAN:

Persekitaran hotel ni agak sunyi tapi sesuai untuk anda yang nak berhoney moon. Nak tempat yang tak crowded sangat. Jumlah bilik sini pun tak banyak macam hotel2 mewah lain. Jumlah tingkat pun sekitar 5-6 tingkat je.

Ruang tengah bangunan menenangkan
Ruang lepak-lepak


KEMUDAHAN:

Kemudahan di Palm Garden Hotel Putrajaya quite OK la. Ada gym, kolam renang juga luas dan sesuai untuk kanak-kanak. Cume kami tak sempat je nak mandi manda disebabkan kekangan masa. Vending mesin juga disediakan. Harga standard hotel tapi ok la. Banyak pilihan. Korang rujuk sendiri gambar yang saya ambil ye.

Sepanjang saya disini, sempat juga ke dobi pakaian la untuk basuh baju. Al maklum lah jalan-jalan 4H3M ni kalau tak basuh baju memang berbau la. Jadi kami Dobi baju di Putrajaya. Saya dobi di Presint 11. Sambil-sambil jumpa kawan.

Parking disini kalau hari biasa banyak kosong tapi yang tak bestnya parking sedikit jauh dari bangunan hotel. So, kalau beg banyak memang kene angkut sikit-sikit la. Tiada parking bawah bangunan. Memang kena lalu receptionist la setiap masa.

Kolam Luas

BILIK:

OK, Part bilik saya boleh puji. Bilik luas. Sesuai untuk family. Jadi, nak jimat kat sini, anda beli je bilik untuk berdua dewasa. Pastu bawa je masuk anak-anak. Kalau setakat 2Dewasa 4 Kanak-kanak memang cun. Jadi saya pilih bilik biasa sahaja dah memadai. Harga pun dapat murah. Bilik saya pilih HELICONIA TWIN ROOM. Sesuai untuk 1 family kami. Untuk bilik ni, tandas dia luas. CHANNEL TV pun banyak terutamanya cartoon network. Budak-budak memang suka ni.

Sedap lending. Tilam yang empuk


Pemandangan dari bilik kami. Tingkat 1 je









Vending Machine yang superb


NAK BELI HARGA MURAH?

Saya personally memang suka online ni. Jadi saya beli di AGODA sahaja. Pengalaman dengan AGODA memang lagi murah dari web lain. Tapi bergantung pada promosi juga tau. Jadi sebelum tempah buat research sikit ye. Tengok dekat BOOKING.COM, AGODA.COM, ATAU TRIVAGO. 

Di AGODA saya dapat harga RM111.51 ! Memang berbaloi-baloi. 


Sekian.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *