Kerana Seringgit

Salam.

Ada satu kisah yang ingin saya titipkan. Ia kisah berlaku suatu petang hari. Hari sedikit mendung.

Waktu itu ketika orang ramai tengah menjamu selera, maka si A telah menempah ruang makan hujung kedai yang sememangnya port setiap hujung minggunya bersama keluarga. Kedai yang serba mewah memang selesa dan pelayannya juga pandai mengambil hati pelanggan. Belum sempat duduk lagi dah dihidangkan air minum percuma berupa air putih dengan lemon.

Kedai yang menggunakan konsep dual system. Ad bahagian open dan ad bahagian aircondnya yang sering menjadi pilihan muda-mudi kerana hipster rupa bentuknya.

Suatu petang hari, pintu dalamnya itu dikuak oleh seorang pengemis jalanan asalnya Thai. Membawa keropok dari kedai ke kedai.

A yang bersama keluarga tidak terkecuali menjadi sasaran makcik pengemis ini.

“Assalamualaikum Dik, Keropok nok ko?”- Ujarnya dialek kelantan.

“Tak pe-tak pe “- Jelingan tajam A kene tepat pada mak cik pengemis itu.

“Abah tak nak bagi ke derma singgit”- Tiba-tiba dialog pendek keluar dari mulut anak sulungnya berusia 6 tahun.

“Tak pe-tak pe..tak perlu” Ujar ringkas A ke arah anaknya.

Mak cik senyum dan berlalu pergi keluar dari kedai orang berada tersebut.

Hidangan petang mereka pun sampai. Chicken Chop dan Chicken Grill ala2 Hawaii gitu. Hiasannya sahaja sudah cukup membuat air liur berlari laju dalam mulut.

Sejam mereka sekeluarga mereka menikmati sisa petang itu dengan gembira. Anak kecilnya gembira sebab dapat menikmati menu kegemarannya sejak berusia 4 tahun lagi. Memang berselera dibuatnya.

“Jom balik”-Ujar si bapa.

Mereka keluar melangkah laju, enjin MERC C200 baru, mengaum meninggalkan kedai kegemaran mereka dengan bangga.

“POMMMMMMMMM”

Baru separuh perjalanan. Kereta terhuyung hayang merempun divider jalan. Berpusing beberapa kali. Cukup dahsyat. Namun mujurlah ianya berlaku di highway yang agak lengang.

Jam menunjukkan pukul 7 malam.

Rupa-rupanya tayar pecah. Malam itu mereka bernasib baik ditolong oleh pemandu lain yang berada dibelakang mereka tidak jauh.

Kos menukar tayar ialah sekitar RM300.

Nah! Kadang-kadang kita amat kedekut dengan ringgit yang berapa dalam poket sehingga ringgit tersebut disentap ALLAH dengan lebih banyak tanpa diduga.

Kerana kedekut untuk seringgit kita hulurkan. Maka sang Pencipta merentap RM300 melalui musibah lain.

Oleh itu kawan-kawan, jangan kedekut menghulur wang, kerana kita tidak pasti wang yang mana,,saat yang mana sebenarnya kita benar-benar ikhlas dalam memberi.

Itulah sedikit kisah KERANA SERINGGIT kita rugi beratus.

Semoga terus dalam kebaikan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *