Saham instrumen pelaburan menguntungkan

Salam semua,

Hari ini saya ingin berceloteh berkaitan saham. Saham ialah unit / pegangan modal oleh seseorang dengan kata lain dianggap seperti pemilik kepada syarikat tertentu.

Saham di Malaysia diuruskan oleh Bursa Malaysia dan harga saham ditentukan oleh supply and demand terhadap sesebuah jenama. Tapi banyak faktor lain juga menentukan harga sesebuah perniagaan.

Sebagai contoh: Saham NESTLE. Sape tak kenal produk nestle. Hampir semua kedai ada produk die.

NESTLE Tahun 2010 : sekitar RM35 seunit saham
                Tahun 2015: sekitar RM65 seunit saham
                Tahun 2019: Hari ini RM148 seunit saham

Kalau anda ada beli 100 unit /1 lot pada 2010: RM3500
                                                        pada 2019: Nilai saham anda adalah RM14,800

Untung sebanyak : RM11,300 dalam tempoh 9 tahun. Hebat bukan?

Pemilihan untuk pelaburan jangka panjang saya sarankan anda pilih bluechip company seperti DRBHICOM, PETRONAS, PETRONAS DAGANGAN, CIMB,AXIATA dll. Syarikat ternama ini kedudukan kewangannya kukuh disamping pemegangan saham mereka terdiri daripada entiti pelabur kerajaan seperti Khazanah, PNB dll.

Itu saja coretan pendek tentang saham untuk info basic ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *