Hari 4: Melancong ke Bandung

Hari 4:

Pagi tu seperti hari sebelumnya, bangun awal pagi setelah solat subuh, rehat sebentar untuk mengambil tenaga bagi perjalanan kami seterusnya. Iaitu ke Bandung. Perjalanan ini mengambil masa lebih kurang 2-3 jam. Mas Aji menjadi pemandu arah kami. Perkhidmatan yang ditawarkan sekitar 4++ ribu rupiah (RM 150) untuk seharian melawat bandung dan jalan-jalan sekitar Jakarta.

Minyak dan tol kami bayar. Tapi rasanya berbaloi. Mas aji juga orang yang sudah biasa membawa orang Malaysia.

Mas Aji..penunjuk arah dan pemandu pelancong kami

Tersenyum lebar semua…
Monumen orang terbang..
Masjid ini hampir 90% sama dengan masjid sultan abd aziz shah, shah alam
Pemandangan indah sebaik memasuki Bandung

Perjalanan kami akan ke Tangkuban parahu , kawah gunung berapi di Bandung. Sebelum itu kami singgah di Factory Outlet. Disini banyak pakaian berjenama boleh didapati dengan harga murah. Tapi tiruan. Biar gambar saja yang bercakap:

Factory outlet yang famous di sini
Keluar dari gudang pakaian berjenama…tangan kosong saja?
 
Yang terjurai dalam gambar adalah antara tanda majlis perkahwinan di kawasan tersebut.
Menghampiri Tangkuban parahu
Tiket masuk ke kawasan kawah gunung berapi terkenal di Bandung, Tangkuban parahu
Perjalanan naik ke gunung berapi
Inilah kawah gunung berapi yang sudah tidak aktif. Kawah ini dinamakan kawah Ratu.
Pelbagai jualan ole-ole Bandung dijual disini 
Selepas ke kawah gunung berapi, jadual kami diteruskan ke tempat shopping terkemuka di Bandung iaitu Chiwok. Anda boleh dapatkan sehelai baju t-shirt bandung berharga sekitar 20 000 rupiah sahaja. Lebih kurang Rm 6. Mengikut mas aji, lebih baik berbelanja disini berbanding di tangkuban parahu kerana harga sesetengah barangan boleh naik berganda-ganda di sana. Selepas itu kami ke restoran  Nasi bancakan, masyarakat Sunda. Selepas itu ke factory outlet lain sekitar bandung sebelum pulang ke Jakarta. 
Spiderman sedang beraksi di Chiwok, bandung (kalau x salah nama la)
Gerai nasi bancakan. Makanan ala-ala malaysia tapi taste berbeza sikit.Mesti cuba.Harganya berpatutan
Gulai sotong yang berwarna hitam..mengerikan tapi sedap..
 
Malam itu kami kembara lagi melihat masjid terbesar di Indonesia bahkan di asia tenggara juga kot sambil solat isya disana. Masjid Istiqlal. Ruang solatnya sahaja  4 tingkat. Memang besar. Yang ironinya, dihadapan masjid itu, terdapat sebuah gereja yang pada saya paling cantik seumpama cerita Harry Potter..Entah apa namanya. Semacam perang psikologi la plak di sini. Satu masjid yang satu lagi gereja.
Kelihatan menara gereja yang tinggi dihadapan pintu masuk masjid di seberang jalan sana..

Malam melabuhkan tirai.Kami kepenatan tapi puas dengan pengembaraan melihat kebesaran alam ciptaan Allah.

Bersambung…

Menarik:

Hari Pertama di Jakarta

Hari kedua: Shopping di Tanah Abang

Hari 3: Wisuda dan Buku oh buku

Hari 5: Kenangan indah di Jakarta

0 thoughts on “Hari 4: Melancong ke Bandung”

  1. Gereja itu namanya Gereja Katedral, warisan kolonial Belanda dan milik umat Katolik. Letaknya yang berdekatan dengan Masjid Istiqlal jangan dianggap sebagai suatu ironi pun sebuah perang psikologi, namun sebaiknya dilihat sebagai upaya kerukunan antar umat beragama.

    Bila ada Perayaan Hari Besar Islam di Istiqlal biasanya halaman Gereja menjadi parkir kendaraan (letak kereta) untuk sementara waktu, demikian juga sebaliknya bila ada Misa atau Perayaan Hari Besar Katolik di Gereja.

    Di Indonesia jamak ditemui tempat ibadah beda agama yang saling berdampingan tanpa ada persoalan, jika ada cerita gesekan antar umat beragama nuansanyapun tidak signifikan.

    FYI : Masjid Istiqlal (Masjid Kemerdekaan) dibangun atas perintah Bung Karno dan arsiteknya seorang Protestan, dengan demikian Umat Beragama di Indonesia (bukan hanya Muslim) akan bangga bila melihat Istiqlal. Itulah cara Soekarno dalam membangun persatuan Bangsa Indonesia.

  2. salam zul, akak sekeluarga bercadang nak bercuti ke bandung, tpi kitorag plan nk bermalam di jakarta dulu.. mcm mna ye akak nk ketmpt penginapan tomang yg mcm zul ckp tu?.. blh dpt kan contct no rumah penginapan tu x? klu dari airport jakarta nk ke sana mcm mana ye nak dptkan teksi bermeter?senang x?..dari penginapan nak ke tanah abang senang x nk cari teksi?.. atau zul bolh suggestkan supir2 mana yg zul kenal untuk bawa kitaorg ke bandung pula. sori ye dik banyak sangat soalan..tq hnyfnd74@yahoo.com.my

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *