GEMPAR!Surat Penghinaan terhadap Islam dan Nabi Muhammad

Baca dibawah untuk lebih jelas

Salam a`laik,

Berderau darah saya bila membacakan seribu satu penghinaan terhadap umat ISLAM dan orang Melayu. Hanya kerana beberapa kerat warga Melayu yang melakukan perbuatan terkutuk Rasuah, maka seluruh umat melayu dipersalahkan. Bahkan ke jahilan penulis surat ini jelas sekali kelihatan dengan mengaitkan Islam dengan Orang Melayu.

Satu pertanyaan saya pada penulis, Di India begitu ramai orang hindu yang sangat miskin sehingga terpaksa meminta sedekah di kuil-kuil. Tidakkah agama Hindu itu memberi kemiskinan pada anda? Jika di Philipina, masyarakat miskin paling ramai bukanlah Islam tapi Kristian. Bolehkah kita buat kesimpulan bahawa agama Kristian itu penyebab kepada kemiskinan.

Dek rasa marah, kasihan anda mencaci maki orang lain tanpa ilmu pengetahuan secukupnya. Semoga Allah memberi hidayah pada penulis surat ini untuk menerima Ilmu secukupnya tentang Islam bahkan semoga dia mendapat hidayah petunjuk untuk memeluk Islam.

Pada pelaku Rasuah, lihatlah hanya kerana perlakuan anda , Islam terhina. Anda menanggung dosa besar kerana melakukan rasuah dan makanan HARAM hasil dari Rasuah anda berikan kepada anak-anak sudah cukup membuatkan mereka sengsara.Jangan salahKAN mereka jika mereka suatu hari nanti menjadi ANAK DERHAKA kerana MAKANAN yang kau berikan. Semoga ALLAH memberikan hidayah untuk anda.Ameen.

p/s: Jauhi RASUAH! dan sebarkan ISLAM pada semua semoga tiada lagi yang SALAH FAHAM terhadap ISLAM. Perlu diingat surat yang dipaparkan bukan tujuan untuk mencetuskan polimik perkauman namun untuk iktibar dan pengetahuan kita semua.

0 thoughts on “GEMPAR!Surat Penghinaan terhadap Islam dan Nabi Muhammad”

  1. dosa terbesar bg diorg adalah ats fitnah yg dibawa kepada islam.. bukan nak mlaksanakan HAQ SYAHADAH!!! malah mghncurkan usaha penat lelah org lain.. adeh~

  2. "dan peliharalah diri kamu dari fitnah yg tidak hanya menimpa orang zalim sahaja di antara kamu. dan ketahuilah, bahawa Allah amat keras siksaannya" (Al-Anfal, 8:25)

    Janganlah terlalu menyalahkan orang lain. Adakah kerana tarbiyah yang kita lalui atau dakwah kita terlalu statik sehingga tidak bergerak? Apakah di dalam halaqah2 kita hanya sibuk membincangkan isu2 cabang yang remeh?

    Adakah dalam ilmu tauhid kita hanya membincangkan teori tanpa menghidupkan roh2 keimanan dalam diri seseorang sehingga dia boleh menjadi seorang murabbi?

    Walaupun saya bukanlah orang yang hebat,ilmu agama setakat cukup utk diamalkan, tapi ingin saya kongsi bersama dgn petikan di bawah:

    Wahai saudara-saudara yg budiman dan SOLEH!!
    Wahai ahli ZUHUD dan AHLI IBADAH!
    Di hadapanmu terbentang bahaya kanun Rabbaniy yang menggerunkan sekiranya kamu MEMBISU seribu bahasa.
    Janganlah kamu diperdayakan oleh keZUHUDanmu dan SOLATmu
    SAMPAIKANLAH KEBENARAN, suruhlah manusia kpd kebaikan dan cegahlah kemungkaran dan kejahatan.
    Kalau tidak, tunggulah saat kebinasaan dan kemusnahan.
    (Muhammad Ahmad ar-Rashid, al-Muntalaq)

    Benar, kita perlu berasa marah dan tidak redha dgn apa yg berlaku sekarang.
    Tapi, apakah persediaan kita?
    Adakah kita hanya akan respon dengan demonstrasi2?
    Nak taknak, suburkanlah tarbiyah di Malaysia.

  3. To fadzli: Wsalam. wallahu a`lam. Saya hanya menerima melalui email dari seorang rakan untuk perkongsiaan sahaja. Jika ianya fitnah, maka maafkan saya.Tapi tak salah untuk kita sedar kejadian ini juga boleh berlaku.

    to luqman: saya setuju. Berdemo sahaja tanpa penyelesaian lain pada saya x leh.Tapi klu dok bersahaja dan membiarkan agama diinjak lagi melampau.Mari kita suburkan dakwah dalam bidang masing-masing. MengGALAS beban dakwah ini bersama-sama.

  4. assalamualikum..

    itulah realiti nya, rata-rata melayu muslim yg masih bersikap prejudis kpd bangsa dan agam lain.. seolah-olah islam itu hanyalah milik melayu.. tetapi islam itu adalah rahmat seluruh alam.. kita kne betulkan stigma ni supaya penganut agama lain tidak memnadng islam pada umatnya semata, ttpi biarlah penganut agama lain melihat dari keindahn islam itu sendiri.

  5. Tanpa nama: Saya bersetuju dengan pendapat saudara. Islam dilihat melalui tingkah laku pengikutnya walaupun tidak semua penganutnya mengikut acuan sebenar Islam.

    Jika prejudis saudara maksudkan terhadp artikel yang saya paparkan , mohon maaf. Bukan tujuan sbenar untuk menimbulkan prejudis kepada mana-mana kaum. Cuma sekadar ingin membawa kita melihat betapa teruknya perangai umat islam yang sekali gus memburukkan Islam itu sendiri yang sememangnya sudah Mulia dan benar.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *