Kira trafik blog-blog anda dengan Google

Salam ceria,


Setelah menggunakan google-analytic setelah sekian lama, saya kira ianya mudah bagi orang seumpama saya. Yang jenisnya malas nak membuka web-web kira trafik. Dengan pendaftaran saya untuk kesemua blog-blog saya buku-bukuonline, jualan gudanguniversiti2u dan istilahsains sedikit sebanyak ternyata menjimatkan masa. Boleh melihat trafik kemasukan pengunjung untuk semua blog saya dengan hanya menggunakan satu aplikasi sahaja.

Dengan google analytic banyak sebenarnya yang anda dapat pantau. Dari segi aliran kemasukan pengunjung sehingga kpada trafik pengunjung unik, duit melalui google adsense dan sebagainya.Ternyata banyak pilihan sungguh buat mereka yang baru bermula seumpama saya. 

Nak berkongsi panjang pun, saya bukan orang yang pakar. Cuma saya nasihatkan anda yang punyai banyak blog boleh mencuba.Saya kira aplikasinya yang saya guna pakai cuma 4o%. Masih banyak yang boleh dimanafaatkan dari teknologi ini. Jom mencuba. 

p/s: Terima kasih pada blog-blog yang sudi berkongsi dengan saya info terkini dan post paling top kali ini adalah ADA YANG TAK KENA DENGAN AJL 24.



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *