Tetamu Senja

Salam.Kali ini saya bawakan sebuah puisi yang cukup hebat, dalam maknanya,padat isinya untuk tatapan sahabat-sahabat sekalian.Moga ianya memberi manafaat dan hayatilah setiap bait-bait kata ini….

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat

~ A. Samad Said

0 thoughts on “Tetamu Senja”

  1. salam..mcam pernah dengar ia didendangkan oleh kumpulan muzik..tapi..tak ingat lah yang mana 1..anyway…thanks 4 sharing..
    keep updating ur blog:)..

    nak tau sambungan cerpen kat bawah 2..cepatlah sambung…huhu…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *