Rajukan Lelaki Dakwah

“Zul, sampai hati nta…datang makan tak ajak ana..maklum la siapa lah ana kan..bukan kawan rapat anta” Ujar Faizal (bukan nama sebenar).

“Takkan la semua benda ana nak kene ajak anta..ana pun nak kan privacy gak..tolong lah faizal..faham ana ..ana tak leh berkepit ngan anta selalu..ana punya teman lain lagi”.Kata zul dengan kesal akan sikap sahabatnya.

“Ana dah tak rasa dah ukhwah dalam jemaah(persatuan) ni…jemaah xxxxx lagi mantap ukhwahnya.siap caring kat ana lagi..”Sambung Faizal.

Angin kus-kus menghembus pipi dua jejaka tampan.Jam menunjukkan pukul 12 malam.Kawan zul hanya kaku melihat telatah ahli dakwah ini.

“Anta kene faham…ukhwah sahabat ini sentiasa di hati ana..tapi ana pun nak gak keluar dengan orang lain..dan satu lagi anta kene tahu gak..jemaah xxxxx tu jumlahnya sedikit..dan nta baru kenal mereka..memang la nta rasa diambil berat…anta mula-mula join ni dulu pun bersemangat bukan..tapi lama-lama bila dugaan datang…macam-macam boleh terjadi.Ana harap nta fahamnya situasi ana..Hidup ini bermakna jika kita fahami each other.Anta kene fahami orang..insyaallah anta akan difahami..tak gitu”?Soal Zul membuatkan suasana malam itu agak panas.Cafe koleh medic itu menjadi saksi segalanya.

“Suka hati nta la.Ana dah tak da mood dengan jemaah ni..Sume tak care pasal ana.Baik jemaah xxxxx tu.Anta sekarang dah berubah sangat.Dah tak kuar dengan ana dah.”Kata-kata akhir faizal itu terngiang-ngiang di telingan zul.Malam berlalu pergi dengan seribu pertanyaan.

Kawan zul menjadi saksi segalanya.

Itulah sedikit kisah melanda jemaah kita hari ini.Rasa hilang ukhwah lah.Macam-macam terjadi pabila tiada kefahaman dalam gerak kerja.Sebagai ibnu dakwah..tiada masa untuk merajuk.Sikap seumpama ini harus dibuang jauh-jauh.Bagi zul pula..dengarlah rintihan sahabat mu.Sikap merajuk kadang-kadang boleh melumpuhkan jemaah.Bagi yang ingin kan pangkat pula..bila tak dapat maka nak `slow down` their activities.Tapi ingatlah ibnu harakah..kerja islam itu bukan untuk nama dan pangkat.

0 thoughts on “Rajukan Lelaki Dakwah”

  1. “Kawan zul menjadi saksi segalanya.”

    Kawe ado di tepat kejadiang, kawe menyaksikang segala-galanye yang berlaku. Kawe kecewa dengang sikap sesetengah Da’e yang merajuk tak kena tempat. Tapi si Faizal ni, kawe simpati dengang die sebab die mmungkin dilanda masalah kronik, sebab kawe kelih muke die pung napok dah atah dahi ada cop “Aku Pressure”. Patutnyo saing2 die tu kena cakno kat ye. Nyaknyo die….

    Semoga Faizal dikurniakan kekuatan dari-Nya menghadapi imtihan duniawi ini.Amin….

    P/S:Komen ini ditulis menggunakan ID seperti yang tercatat secara curi-curi,identiti penulis sebenar terpaksa dirahsiakan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *