`KAIZEN` nama kumpulan kami

Kaizen atau dengan maksud lain pembaikan berterusan sebuah perkataan dari jepun.Saya mengenali perkataan ini di kursus kepimpinan badan-badan berdaftar HEP siri 2 baru-baru ini yang berlangsung di Port Dikcson.Suatu nikmat bila dapat suatu yang tak pernah saya dengar.

Kami letakkan group kami sebagai kaizen.Pembaharuan yang berterusan bermaksud semangat atau aktiviti yang dijalankan secara berterusan kearah pembaharuan.Lihatlah jepun ketika ini.Dengan semangat dan sikap sebeginilah mereka dapat maju walaupun tak sampai 50 tahun selepas di bom hiroshima dan nagasaki.Ini yang kita mahukan.

Kaizen group walaupun tidak dapat menjadi juara pada kem tersebut,namun kami belajar suatu yang baru yang mungkin tidak di dapati di mana-mana kem/tamrin.Tapi sayang,tiada gambar yang dapat saya pertontonkan buat sahabat sekalian untuk dikongsi.Namun nama kaizen akan saya abadikan sebagai nama syarikat sulung saya tidak lama lagi insyaallah.

Belajarlah dari kesilapan,pasti anda akan bergerak kehadapan.Lakulah kesilapan namun kalau banyak sangat kesilapan yang anda lakukan ia akan membahayakan anda.
KEEP MOVING FORWARD.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *