Impian hati kecil..tercapai

Salam.Tajuk saya gubahkan kali ini mengenai impian hati kecil yang sering saya abaikan.Kerana saya kira siapalah saya untuk mengimpikannya dan ianya bukan prioriti saya sekarang.

Namun ia hadir tiba-tiba sahaja.Terus menjadi kenyataan.Menerima panggilan dari sahabat lama yang merupakan Setiausaha Parlimen Ampang, saudara Fahmi Norain,menjemput ke parlimen membuatkan hati terkesima.Nak belanja makan katanya.

Almaklumlah,biasenyer yang pergi ke parlimen ini ,nak serah memorandum atau ada hal berkaitan dengan ahli parlimen.Tapi saya memilih untuk melawat sahaja.Alhamdullilah dengan bantuan rakan SU tadi maka dapat la jalan-jalan mencari dan melihat telatah YB-YB pilihan rakyat.

Sempat juga ke bilik Anwar Ibrahim di tingkat 14.Namun beliau tiada ketika itu.Tak mengapa kerana niat kesana hanya untuk melancong.Maklum sajalah budak kampung kali pertama masuk parlimen.Saya sempat mengikuti jadual dari mula ketibaan YB sehinggalah ke rehat tengahari.Suatu suasana yang saya kira payah didapati di mana tempat di Malaysia.Sempat juga dilemparkan senyuman daripada Yb Izzah,Nasaruddin Mat Isa dan termasuk Anwar Ibrahim sendiri.Kaku kejap.haha.

Banyak juga rahsia yang sempat dikongsi oleh sahabat tadi.Namun biarlah ia rahsia.Melihat telatah Yb-Yb ketika bersidang sehinggalah akhir ..penuh dengan adegan mencuit hati.Tak kurang juga balas-membalas kata2 ketika perbahasan penubuhan suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia.Kecoh di buatnya.Hari2 penuh makna ini saya isi dengan sepenuhnya.Hampir kesemua tempat di parlimen saya kunjungi dari bilik beritanya sehinggalah kepada bilik ketua pembangkang.Trip ke parlimen kali pertama yang lengkap.

Akhir sekali ,buat teman sahabat yang belum menjejakkan kaki kesana rasailah pengalamannya.Bagi yang dah pergi,tengok2 lah pusat sumber kat sana.Mantap la juga.Last but not least,terima kasih tak terhingga buat sahabat lama kerana memberi peluang ..mengotakan impian hati kecil ini.

0 thoughts on “Impian hati kecil..tercapai”

  1. Salam…

    dik,bila kmu p parlimen?akk bru ja p parlimen jmpa pak lah isnin(15dis) bru2 ni sbb htr deklarasi GERAK…

    klau akk tau,akk ajak kmu skali. tu pn klau nk jmpa pak lah la =p [bleh wat koleksi politician figure].

    k,truskn gerakeja..keep struggling in ur studies…siru ‘ala barakaLlohufiq!

    p/s:akk dh p pc fair hrtu utk kali kedua…nsib baik smpat bli =) anyway,thanks 4 ur info!

  2. ohhh…ko gunakan nama aku ye…hehe…baguslah aku dah tunaikan impian ko. hrp lepas ni, mgkn satu hari nnti ko akan duk kat parl tu sbg ahli yang berhormat…manalah tau…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *