SALAM RAMADHAN

Hati gembira rasanya bila ramadhan datang.Melihatkan suasana yang cukup indah bila dapat berbuka bersama rakan-rakan.Walaupun jauh di perantauan namun ingatan tetap ku pahatkan ke kampung halaman.

Namun begitu tersorot satu kesedihan bila mengenangkan kesedaran masyarakat khususnya mahasiswa sendiri akan pengertian ramadhan yang sebenar.

Ramadhan bulan tarbiyah.Namun disebalik laungan tersebut..kita dihidangkan dan menghidang untuk nikmat perut dengan makanan yang banyak dan pelbagai jenis.Sungguh sia-sia sesiapa yang beranggapan bahawa ramadhan medan tarbiyah tapi dalam masa yang sama menternak nafsu mereka.

Bila perut sudah terlalu penuh ..maka amalan sunat pun malas nk jalankan.

Walau apa pun..INGAT RAMADHAN MEDAN SEBENAR NAK TUNDUKKAN NAFSU..
BUKAN MENTERNAK NAFSU..

moga kita tergolong mereka yang bertakwa disebabkan puasa kita..amin.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *